Selasa, 16 Mac 2010

renung-renungkanlah...

saya begitu tertarik dengan artikal kisah benar ini...moga ianya menjadi renungan tuk kita bersama..

Kisah Benar dari Sandakan

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada
tengah hari itu. 1 september 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng
gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka
bincangkan, kata saya di dalam hati.Setelah injin motosikal di
matikan, saya berjalan ke arah mereka

"Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.

"Haaa? San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar
dari kubur emak dia?" kata Jaimi, kawan saya.

"Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham
bah "jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang
mereka katakan itu.

"Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, "di kubur kat kampung Batu
10 tu,ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi
lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.

Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia? tapi belum boleh
lagi". " Kenapa jadi macam tu ? "

saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.Patutlah serius
sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata
beliau,memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari
Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang
daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan
memberikannya wang.

Part 2

Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak." Mana emak
ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun
dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak? kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,"kata
gadis itu.

"Yalah, mak tau?tapi mak tak ada duit," balas ibunya.

"RM 20 aja !" si gadis berkata.

" Tak ada ," jawab ibunya.

" Emak memang kedekut!" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta?" belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut menyanggah, katanya,

"Ahhh?sudahlah emak ! Saya tak mau dengar!"

"Kalau emak ada du? " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-
katanya,si gadis memintas lagi, katanya; "kalau abang, boleh, tapi
kalau saya minta duit, mesti tak ada!" Serentak dengan itu, gadis
tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke
lantai.

Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut
dada.Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak
menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke
bilik dan berkurung tanda protes.Di dalam bilik, di balingnya bantal
dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.Bila dipegang ke
pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi
tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui
jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang
bekerja diluar.

Part 3

Jaimi menyambung ceritanya; "Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30
tadi.Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun
tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak
dapat Bantu." Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya
serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak
mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam
kubur untuk menyambut jenazah ibunya Sekali lagi beramai-ramai
penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada
gadis berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat
ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari
kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat. Ia seperti
di paku ke tanah.

Si gadis mula cemas." Kenapa ni ayah?" kata si gadis. Wajahnya serta-
merta pucat lesi.

"Apa pasal," Si ayah bertanya. "Kaki Saida ni..tak boleh
angkat!"balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi
seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah,tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak
naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis
tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk
menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah?kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.."

si gadis menangis memandang ayah dan adik- beradiknya yang
bertinggung dipinggir kubur.Semakin ramai orang berpusu ke pinggir
kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan
Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah
kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya?kenapa jadi macam ni ayah ? kata si
gadis sambil meratap. "

Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .Sekarang , ayah
pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal
mengeluarkan anaknya itu.

Part 4

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida.." gadis itu menangis .

Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah
tidak boleh di empang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida
bersalah, Saida menyesal.Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia
menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa.Apabila
terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa
kubur tersebut perlu di kambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat
lagi.Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja? kalau hujan macam
mana ? "kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.

" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua
sekali,mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan,"
balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara
pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk
talkinnya.Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan ,
ketika itu si gadis masih di dalam kubur.Bila talking di baca, dia
menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada
ibunya dengan linangan air mata.Selesai upacara itu, orang ramai
berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar
sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke
kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya.

Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke
kubur.Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa
buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas
menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah
orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Part 5

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan
paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut
kerana didepan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula
beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta
pokok-pokok rimbun. Didalam kepungan itu, anggota-anggota polis
berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari
itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt?Raie? Raie..Psstt, " saya memanggil , Raie yang perasan saya
memanggilnya mengangkat tangan.

" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang
ke arah saya.

" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan
seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir
ada orang yang tahu.

" Sekejap aja. Bolehlah?"saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.Tanpa
berlengah,saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan
dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun
demikian dada saya berdebar kencang.Pertama ,risau, takut di halau
keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku
kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga
orang polis memerhatikan kedatangan saya.Raie mendekati mereka dan
berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.
Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-
angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah
sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa
sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur
sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah
berhampiran lahad dan merintih ;

"Emak?ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida
menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus
berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi
memohon keampunan daripada arwah ibunya.

" Emak?lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,"

Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil
juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir
kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat
untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

Part 6 (Ending)

" Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.

Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke
atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada
arwah ibunya.Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya
sangka ,cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di
depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para
alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas tunai'.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 ,15 minit saja
kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu
tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.

Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap "
Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah,lepaskanlah kaki ku
ini, aku bertaubat,aku insaf?" Lantas saya menoleh buat kali
terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik
tangan gadis itu untuk di bawa keluar,tapi seperti tadi, tidak
berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin
lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di
benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan
keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak
tiba.Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya
sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya
pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara
tangisannya yang saya terngiang- ngiang ditelinga. Saya di
beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.Bapa dan adik beradiknya
masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun
telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa
yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula
menitis.Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh
bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis
dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang
berlaku kees! okannya Orang ramai pula tidak susut mengerumuni
perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi
mereka puas jika dapat bersesak- sesak dan mendengar orang-orang
bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida
meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di
bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam
hari.Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga
kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. Allah
Maha Agung. sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan.Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan
seperti mayat-mayat lain.Kuburnya kini dipenuhi lalang. Di bawah
redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ
bersemadi seorang gadis yang derhaka...

Wallahualam...

Ahad, 28 Februari 2010

hayatilah...

Ketika aku masih muda dan bebas berkhayal

Aku bermimpi ingin mengubah dunia

Seiring dengan bertambahnya usia dan kearifanku

Kudapati bahwa dunia tidak kunjung berubah…

Maka cita-citaku agak ku sempitkan

Lalu kuputuskan untuk hanya mengubah negeriku

Namun tampaknya

Hasrat itu pun tiada hasilnya…

Ketika usiaku semakin senja

Dengan semangatku yang tersisa

Kuputuskan untuk mengubah keluargaku

Orang-orang yang paling dekat denganku….

Tetapi celakanya mereka pun tidak mahu berubah…!!!

Dan kini

Sementara aku berbaring saat ajal menjelang

Tiba-tiba kusedari …….

Andaikan yang pertama-tama ku ubah adalah diriku

Maka dengan menjadikan diriku sebagai panutan

Mungkin aku bias mengubah keluargaku……

Lalu berkat inspirasi dan dorongan mereka

Bias jadi aku pun mampu memperbaiki negeriku….

Kemudian siapa tahu

Aku bahkan bias mengubah dunia…

Ahhhh…..

Penyesalan menjelang ajal tiada guna…

Tapi penyesalanku ini

Bias menjadi pelajaran berharga bagi dirimu….

Ubahlah dirimu sendiri dulu teman ……..

Dan dunia akan berubah…